salah satu restoran yang menhidangkan mee kolok sarawak
Saya agak terkejut kerana restoran tersebut begitu ramai pengunjung. Mungkin sebab cuti umum dan ramai yang malas nak bangun awal pagi untuk membuat sarapan. Saya pun membuat pesanan menu sarapan pagi dan ingin mencuba satu hidangan sarapan yang popular di kuching, iaitu mee kolok. Rasa nya sangat sedap(nyaman orang Sarawak madah) dan di letak sedikit daging dan sayur taugeh di atasnya. Memang menyelerakan, rasa sekali pasti nak lagi. Saya percaya semua orang yang pernah mencubanya pasti akan menyukainya. Dengan mengunakan mee khas, di tambah dengan bumbu dan pati daging dan di letak sedikit bawang goreng ianya memang membuatkan anda menelan air liur dan anda pasti tak kan tahan untuk tidak mencubanya.
mee kolok yang menyelerakan
Pada sesiapa yang baru datang ke Kuching, boleh lah mencuba mee kolok. Saya percaya setiap restoran pasti ada menghidangkan hidangan ini, malah terdapat juga kedai yang menjadi kan mee kolok trademark untuk restoran mereka. Ia sepatutnya menjadi hidangan wajib jika anda berkunjung ke Kuching. “Sik caya? Cerik Lok Bah Nang nyaman”.
nampak sedap ye..! tapi kuahnya/gravy nye dibuat dari bahan apa ya? boleh tak bagi tau.nak cuba buat kat rumah.Kami dari semenanjung ni...
ReplyDeletefarenza72, kuah menggunakan sup daging. mee di campur dgn bahan perasa,minyak bijan etc(mengikut citarasa/resepi masing2.
ReplyDelete