Monday, December 29, 2008

ngail di samariang batu

saya telah mengenali seseorang rakan sahabat yang mana beliau telah memperkenalkan saya dengan abang beliau yang merupakan kaki pancing yang berpengalaman dan saya telah di jemput untuk mencuba nasib di lubuk memancing beliau.


pemandangan yang sungguh indah

Trip telah di atur, masa telah di tetapkan. bermula pada jam lapan pagi kami bertolak dari pangkalan samariang batu dengan mengunakan sebuah bot yang dapat menampung 3 orang yang menggunakan enjin 4hp. air di jangka pasang pada masa kami bertolak. Saya ingin mencuba nasib dengan kaedah troling. saya mengunakan gewang rapala shad rap 7 yang bewarna neutral dan set berkuatan 8-17 lb. Memang kerja gila, kalau lah terkena ikan besar bukan ka nahas.

Dengan rasa tidak konfiden saya melepaskan gewang ke dalam air, dan spool di biarkan free dan tali di lepas kan sejauh lebih 30 meter ke belakang. Melalui satu sudut corner, tiba-tiba pancing saya telah di sentap dengan ganas. Saya terus berdiri dan mencuba untuk melaras drag di tahap yg sepatut nya kerana saya menggunakan set tali 8 lb. Baru sekejap berlawan, ikan membuat lompat kuang, "ikan talang,ikan talang". Sungguh dashyat, tali mencurah bagaikan air. "TUSH!!, ah putus pula". Seakan-akan mengejek, ikan talang tersebut membuat lompat kuang nya berkali. Ikan melepaskan diri dengan mudah.


Pemandu boat muda yang berbakat.


akiviti troling atau menunda

Selepas itu kami menuju ke satu lubuk untuk mencari umpan. Dengan hanya sekali tebar, begitu banyak udang yang sangkut. Dalam masa yang singkat kami dapat begitu banyak udang. Selepas itu Kami bertolak kesatu lubuk yang di katakan mempunyai struktur dan banyak ikan. Dengan menggunakan udang sebagai umpan, kail di labuh berhampiran struktur. Namun selepas setengah jam menunggu belum ada tanda2 di hujung joran menunjukkan umpan di kacau. Tiba-tiba pancing salah satu orang dari kami telah di sentap. kail pun di gulung naik lah seekor gelama. Selepas itu tiada lagi ikan di naikkan. Kami pun beredar ke lubuk ke dua. Kami sungguh bernasib baik kerana di lubuk kedua ini kami dapat menaikkan banyak ikan antaranya ialah kerapu dan sembilang.


orang kampung yang menjalani aktiviti menjaring


udang harimau yang berpasaran tinggi di kuching


salah satu lubuk memancing


pertarungan sengit oleh rakan penulis

selepas sejam, kami pun membuat keputusan untuk balik. Saya pun menurunkan gewang dari jenis storm bewarna biru untuk troling semasa perjalanan pulang. Bot melalui satu kawasan muka muara sungai. Tiba-tiba satu sentapan ganas berlaku. Bermula satu kisah perlawanan yang sengit.. selepas beberapa ketika lemah lah sang pemangsa. Dalam kelekaan kerana berpuas hati melihat sang mangsa yang kelihatan lemah, tiba-tiba sang mangsa telah membuat satu pecutan turbo dengan kudrat terakhir dan saya pasti anda tahu kesudahan nya...


ikan berjaya di hela keatas tapi telah memutuskan tali pancing di saat akhir


hasil pada hari tersebut

Bermula dari detik itu,saya mula memasang azam untuk datang menduga kembali sungai/muara yang sungguh berpotensi ini. Saya percaya terdapat pelbagai spesis didalamnya. Sehingga kita berjumpa lagi wahai sang ikan.


sungguh indah panorama di sepanjang sungai ini



p/s trip pancing ini merupakan trip yang paling berjaya di alami penulis untuk tahun 2008. sehingga kita berjumpa lagi di tahun hadapan. Selamat menyambut tahun baru 2009..

Resepi Sarawak "Kek Lapis Sarawak"

kek lapis sarawak merupakan satu produk makanan yang menjadi trademark dan sinonim untuk untuk negeri kenyalang ini. Pada setiap perayaan tak kira kaum, bangsa dan agama, hampir setiap rumah akan menjamukan kek lapis sarawak kepada tetamu yang datang. Hampir setiap orang luar yang berkunjung ke sarawak, akan membawa balik kek ini untuk di jadi kan buah tangan untuk di bawa pulang.



kek lapis sarawak terdiri daripada pelbagai rasa dan warna. Jenis kek yang menjadi kegemaran saya ialah kek lapis cheese dan kek lumut kerana rasa nya yang sungguh lazat.

pada sesiapa yang berkunjung ke sarawak untuk pertama kali dan tak tahu di mana untuk mendapati kek lapis sarawak, jangan bimbang kerana kek lapis sarawak ini mudah di dapati di sekitar waterfront. Anda pasti ingin membelinya...

Thursday, December 25, 2008

Resepi Sarawak "Mee Kolok"

Pada 25hb Dis keadaan jalan raya di kuching agak lengang, tidak seperti biasa, yang mana pada kebiasaannya adalah agak sibuk dan ramai. Memandangkan hari cuti umum sempena Hari Krismas yang di sambut kebanyakan penduduk kuching, terdapat juga kedai yang menutup perniagaan pada hari tersebut. Memandangkan belum lagi bersarapan pagi, hati saya tergerak untuk mencuba makanan yang terdapat di sebuah restoran di kawasan berdekatan kampung Lintang dan Bandar Samariang lama.


salah satu restoran yang menhidangkan mee kolok sarawak

Saya agak terkejut kerana restoran tersebut begitu ramai pengunjung. Mungkin sebab cuti umum dan ramai yang malas nak bangun awal pagi untuk membuat sarapan. Saya pun membuat pesanan menu sarapan pagi dan ingin mencuba satu hidangan sarapan yang popular di kuching, iaitu mee kolok. Rasa nya sangat sedap(nyaman orang Sarawak madah) dan di letak sedikit daging dan sayur taugeh di atasnya. Memang menyelerakan, rasa sekali pasti nak lagi. Saya percaya semua orang yang pernah mencubanya pasti akan menyukainya. Dengan mengunakan mee khas, di tambah dengan bumbu dan pati daging dan di letak sedikit bawang goreng ianya memang membuatkan anda menelan air liur dan anda pasti tak kan tahan untuk tidak mencubanya.


mee kolok yang menyelerakan

Pada sesiapa yang baru datang ke Kuching, boleh lah mencuba mee kolok. Saya percaya setiap restoran pasti ada menghidangkan hidangan ini, malah terdapat juga kedai yang menjadi kan mee kolok trademark untuk restoran mereka. Ia sepatutnya menjadi hidangan wajib jika anda berkunjung ke Kuching. “Sik caya? Cerik Lok Bah Nang nyaman”.

Monday, December 22, 2008

Mengail di kolam semeba



Musim tengkujuh


Pada kaki ngail yang tak dapat turun ke Laut pada musim tengkujuh, ini lah masanya anda sepatutnya resah. Mana tak nya, nak turun ke laut ombak bergelora, cuaca tak menentu. Asyik hujan memanjang aje. “isk mana nak lepas gian memancing nie”,memang dilema. Bagi Keluarga yang ingin beriadah di hujung minggu bersama anak-anak tersayang, nak buat B.B.Q

, panggang ikan, memancing. Tak ada idea? Di manalah nak bawa keluarga berkelah.Rasanya inilah masa nya anda patut mencuba untuk memancing di kolam ikan berbayar, Kolam berbayar adalah pilihan yang tepat untuk situasi di atas. Kos jimat, lebih dekat dan selamat. Tak perlu susah-susah nak tahan mabuk, tak perlu nak keluar belanja besar untuk membayar tambang kapal pancing yang agak mahal. Mana nak beli mata kail, batu ladung, dan hasil nya belum tentu. Mana tak nya ombak setinggi kapal, silap hari

bulan dari trip memancing jadi trip jalan-jalan makan angin.




“Mana nak ngail”


Terdapat banyak kolam ikan di sekitar Kuching, tapi bukan semua di tawarkan untuk dipancing dan terbuka untuk orang awam. Terdapat sebuah kolam memancing berbayar yang terletak tidak jauh dari Bandar kuching. Kira-kira setengah jam perjalanan. Harga ikan tak terlalu mahal dan tak terlalu murah. Tapi saya berpendapat harga itu memang ”standard price”. Terdapat yuran memancing sebanyak rm5, boleh lepas ikan yang tak mahu di bawa balik, dan bawa yang besar saja. ikan yang di bawa balik hendak lah di timbang terlebih dahulu dan di bayar mengikut berat timbangan. Kolam yang di maksudkan itu ialah kolam yang terletak di Kg.Haji Baki,Semeba,lorong 10,Jalan Stephen Yong-Batu kawa. Pemiliknya adalah seorang bumiputera Sarawak yang berbangsa dayak. Terdapat banyak ikan di dalam nya antara ialah, ikan tilapia(hitam dan merah), jelawat(Sultan), patin, pacu, rohu, keli dan macam-macam lagi(macam-macam ada).

“Macam mana nak ngail?”


Pada yang biasa mengail, memang tak ada masalah kalau nak memilih set memancing yang sesuai. Tapi yang baru mula nak memancing mesti bingungkan? Mana boleh guna pancing batang bamboo. Kalau kena ikan besar bukan kah putus tali pancing tu, ikan terlepas, pancing putus. Rugi..rugi.. Jadi tak nak ikan terlepas boleh beli satu set pancing yang berpadanan. Saya biasanya menggunakan rod pancing 5-18lb dan tali pancing dalam 10 lb. Mata kail pula gunakan lah yang tak terlalu kecil dan tak terlalu besar. Boleh lah bertanya kepada towkey kedai pancing untuk peralatan yang berpadanan. Untuk umpan yang paling senang hanya la dengan mengunakan roti paun. Cuma gumpalkan dan sangkut pada mata kail. Lepas tu ’cast’ la kedalam kolam dan tunggu ikan memakan umpan.

kolam di buka dari jam 8 hingga 6 ptg. Jadi pada yang berhajat untuk melepaskan gian memancing dan membawa ahli keluarga untuk berkelah di hujung minggu boleh lah berkunjung kekolam ikan di Kg Hj baki, Semeba, Lorong 10.



Pemandangan indah



Tempat memancing yang luas


colosoma atau pacu



Ikan jelawat