Monday, December 22, 2008

Mengail di kolam semeba



Musim tengkujuh


Pada kaki ngail yang tak dapat turun ke Laut pada musim tengkujuh, ini lah masanya anda sepatutnya resah. Mana tak nya, nak turun ke laut ombak bergelora, cuaca tak menentu. Asyik hujan memanjang aje. “isk mana nak lepas gian memancing nie”,memang dilema. Bagi Keluarga yang ingin beriadah di hujung minggu bersama anak-anak tersayang, nak buat B.B.Q

, panggang ikan, memancing. Tak ada idea? Di manalah nak bawa keluarga berkelah.Rasanya inilah masa nya anda patut mencuba untuk memancing di kolam ikan berbayar, Kolam berbayar adalah pilihan yang tepat untuk situasi di atas. Kos jimat, lebih dekat dan selamat. Tak perlu susah-susah nak tahan mabuk, tak perlu nak keluar belanja besar untuk membayar tambang kapal pancing yang agak mahal. Mana nak beli mata kail, batu ladung, dan hasil nya belum tentu. Mana tak nya ombak setinggi kapal, silap hari

bulan dari trip memancing jadi trip jalan-jalan makan angin.




“Mana nak ngail”


Terdapat banyak kolam ikan di sekitar Kuching, tapi bukan semua di tawarkan untuk dipancing dan terbuka untuk orang awam. Terdapat sebuah kolam memancing berbayar yang terletak tidak jauh dari Bandar kuching. Kira-kira setengah jam perjalanan. Harga ikan tak terlalu mahal dan tak terlalu murah. Tapi saya berpendapat harga itu memang ”standard price”. Terdapat yuran memancing sebanyak rm5, boleh lepas ikan yang tak mahu di bawa balik, dan bawa yang besar saja. ikan yang di bawa balik hendak lah di timbang terlebih dahulu dan di bayar mengikut berat timbangan. Kolam yang di maksudkan itu ialah kolam yang terletak di Kg.Haji Baki,Semeba,lorong 10,Jalan Stephen Yong-Batu kawa. Pemiliknya adalah seorang bumiputera Sarawak yang berbangsa dayak. Terdapat banyak ikan di dalam nya antara ialah, ikan tilapia(hitam dan merah), jelawat(Sultan), patin, pacu, rohu, keli dan macam-macam lagi(macam-macam ada).

“Macam mana nak ngail?”


Pada yang biasa mengail, memang tak ada masalah kalau nak memilih set memancing yang sesuai. Tapi yang baru mula nak memancing mesti bingungkan? Mana boleh guna pancing batang bamboo. Kalau kena ikan besar bukan kah putus tali pancing tu, ikan terlepas, pancing putus. Rugi..rugi.. Jadi tak nak ikan terlepas boleh beli satu set pancing yang berpadanan. Saya biasanya menggunakan rod pancing 5-18lb dan tali pancing dalam 10 lb. Mata kail pula gunakan lah yang tak terlalu kecil dan tak terlalu besar. Boleh lah bertanya kepada towkey kedai pancing untuk peralatan yang berpadanan. Untuk umpan yang paling senang hanya la dengan mengunakan roti paun. Cuma gumpalkan dan sangkut pada mata kail. Lepas tu ’cast’ la kedalam kolam dan tunggu ikan memakan umpan.

kolam di buka dari jam 8 hingga 6 ptg. Jadi pada yang berhajat untuk melepaskan gian memancing dan membawa ahli keluarga untuk berkelah di hujung minggu boleh lah berkunjung kekolam ikan di Kg Hj baki, Semeba, Lorong 10.



Pemandangan indah



Tempat memancing yang luas


colosoma atau pacu



Ikan jelawat

No comments:

Post a Comment